| 21 Nov 2017, 05: 21 Pagi | | Suhu Kini 28°C Bahasa Malaysia | English    Carian :
Kalendar Aktiviti
 
« November 2017 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
567891011
12131415161718
1920
21
22232425
2627282930  
       

Tiada Aktiviti Direkodkan
 
 

Waktu Solat
 
 
 

Renungan
  Tiada Renungan  
 

Promosi Web
 

Laman Web rasmi MAMPU

MSC

MDEC

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia


 

eBuletin
   

Peti Undi
  Tiada undian atau tinjauan buat masa ini
Terima Kasih.
 

Anda Pelawat Yang Ke : 409847


  
LAMAN UTAMA > BENDERA & JATA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

BENDERA & JATA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Mengenai Bendera & Jata Kebesaran

Negeri Terengganu Darul Iman

i.    Bendera Negeri Terengganu Darul Iman

 

Latar belakang berwarna putih bermaksud Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.   Ia melingkungi tanah hitam yang bermaksud rakyat, oleh itu bermakna Sultan adalah pemberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

 

ii. Jata Kebesaran Negeri

 

Jata atau Lambang Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa pembesar di negeri ini.

 

Menurut cerita orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada Dato' Nara Wangsa (Dato' Mata-mata) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.

 

 

Lambang Kebesaran Negeri ini mengandungi:         

 

1.

Bulan Bintang: 

Melambangkan Negeri Islam.

 

2.

Mahkota:        

Melambangkan Pemerintahan Di Raja.

 

3.

Pedang dan keris panjang: 

Melambangkan Dua Alatan Kebesaran Negeri.

 

4.

Quran: 

Di sebelah kanan melambangkan undang-undang.

 

5.

Buku Undang-undang:

Di sebelah kiri melambangkan  keadilan.

 

6.

Wali/Selampai:

Melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

  Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu "Jawatan Kerajaan Terengganu".  Pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua iaitu dua cokmar telah ditambah dan perkataan "Jawatan Kerajaan" dihapuskan manakala perkataan "Terengganu" dikekalkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

iii.  Lagu Kebesaran Negeri:

 

Lagu Selamat Sultan

 

 

Lagu Kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 ini semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar; peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga, Kuala Terengganu. Beliau juga seorang Guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.

Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengampuni perkenan menerima lagu itu dan ia dijadikan  "Lagu Selamat Sultan". Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut

Allah peliharakan Raja kami

Sultan Terengganu Negeri

Allah peliharakan Raja kami

Sejahtera dua laki isteri

Allah peliharakan Raja kami

Memerintah Terengganu Negeri

Susunan senikata asal telah disusun dan digubah semula oleh Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu selepas pemerintahan Jepun dan kekal sehingga 9 Mac 1990. Senikata lagu yang telah digubah semula seperti berikut:

Allah peliharakan Raja kami

Memerintah Terengganu Negeri

Allah peliharakan Raja kami

Sejahtera suami isteri

Allah peliharakan Raja kami

Sentosa rakyat negeri

Pada tahun 1989, Allahyarham Dato' Setia Jasa (Dato' Haji Mohd Salleh bin Haji Awang) telah mencadangkan supaya senikata lagu "Selamat Sultan" diubahsuai. Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Negeri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa seramai 8 orang yang telah diketuai YB. Setiausaha Kerajaan Terengganu (YB. Dato' Setia Wangsa) bagi mengkaji semula senikata lagu "Selamat Sultan". Sebahagian senikatanya didapati kurang sesuai dengan keadaan sekarang dan tidak pula mengikuti bahasa Istana. Jawatankausa ini telah membuat beberapa pindaan ke atas lagu lama tersebut.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mengampuni perkenan dengan pindaan senikata lagu "Selamat Sultan sepertimana lagu:

Allah daulatkan Tuanku Sultan

Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan

Sejahtera sepanjang zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan

Memerintah rakyat aman

Senikata lagu "Selamat Sultan" di atas telah digunapakai sehingga sekarang.

 

Lagu "Selamat Sultan".

Lagu "Selamat Sultan"(minus one).

 

 

 

 

 
©HAKCIPTA BAHAGIAN PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL, PEJABAT SUK. TERENGGANU
Tarikh Akhir Kemaskini Laman Web: 20-12-2012
| Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Notis Perundangan | Maklumbalas | Peta Laman |